March 20, 2013

Kerana Tweet Print Screen




Assalammualaikum..

Alhamdulillah sekarang dah masuk minggu ketiga kuliah di semester 3.. Alhamdulillah banyak perkara dah settle terutama sekali hal pengecualian kredit untuk third language.. Maz redha ambik balik bahasa arab sebab maz kene carry satu paper last semester. So kalau maz nk jugak ambik bahasa lain, credit hour akan terlebih. Nak tak nak, maz teruskan jugak untuk ambik bahasa arab.. Bahasa Al-Quran yang indah :)

Okeyh! Baru-baru ni UiTM Shah Alam kecoh sekejap sebab katanya pelajar yang kene gantung belajar selama 2semester sebab terlibat dengan Bersih tahun lepas dah masuk belajar balik. Dan ade sedikit kekecohan di dalam UiTM sampaikan ade roadblock yang dijalankan oleh Polis Bantuan. Kalau korang tak tau nama dia, boleh search google pasal Khalid Ismath.

Kemudian.. semalam maz macam biasalah check FB before nak tido.. Dalam dok scroll timeline.. Terperasan print screen tweet seseorang nie.. Maz tak pasti kalau korang dah bace atau ada yang dah tau.. Tapi maz nk jugak tunjuk dan buat ulasan sikit


Okeyh.. Maz tak nak ulas dari segi berapa ranking UiTM kat Malaysia, berapa jam kredit untuk satu subjek dan yang sebagainya.. Cuma maz nak ulas betapa ceteknya akal sekiranye dia nie tweet berdasarkan mulut orang sekeliling dan bukan atas fakta. Nampak sangat nak cari publisiti murahan. Manakan tak, 15 retweet (kononnye famouslah) dan 2 favorites.. ternyata kroni-kroni UIA jugaklah nie. Eyh! terasa.. maaffffff

Dalam satu komen yang maz bace, ada yang kata subjek macam Office Management senang skor dan ramai dapat 4flat. Sama sekali maz bangkang.. Maz adalah graduates diploma Office Management dari UiTM tapi maz ambik kat branches Unikop usahasama dengan UiTM dan sekarang maz ambik Sarjana Muda Penyiaran, Maskom di UiTM Shah Alam.. 

Kalau betol subjek terlampau senang sampai ramai yang 4flat, macam mana ada yang repeat? Ada yang siap extend lagi.. Dan kalau nak tau, student UiTM tak terhad pada satu subjek.. Kami multitasker dan kerana itu student UiTM sangat market yer.. Itu sangat betol. Buat ape nak sangkal lagi. 

Tak sepatotnya budak nie tweet benda cam nie.. Sebab mana-mana U pun sama.. Melahirkan anak-anak muda yang berwawasan dan bercita-cita tinggi. 

Dulu maz selalu bengang dengan adik lelaki maz yang nombor dua sebab dia suka bandingkan UTM dengan UiTM.. dia kata UiTM senang nak masok berbanding UTM.. Bagi maz sama sahaja.. UiTM pun tak senang nak masok.. Kalau senang, kenapa masa maz apply UiTM time diploma tak dapat? Kalau betol UiTM nak bagi peluang anak bumiputera masok ke institusi mereka, kenapa maz tak merasa study di UiTM waktu tu? 

Sebenarnya sukar nak masuk UiTM dan mana-mana U lain jugak. Kalau maskom sahaja, sebelom nak masok ade sesi interview. Dan mereka yang terpilih adalah yang memang layak dipilih masok. So part mana yang senang tu? 

Memang sakit kepala jugak bace tweet budak nie sebab tiba-tiba jadi teringat segala susah payah study Office Management dulu dan 2 sem di degree yang sangat memenatkan dan dia semudah tu jer nak hina pointer UiTM.. Please.. kalau nak cakap, usulkan fakta.. Jangan semberono jer.. Nanti akibatnya awak sendiri digelakkan kerana ke'bodoh'an sendiri.. 


Fikir-fikirkan dan selamat beramal.. Assalammualaikum..


instagram: mazmiyuki

twitter: @mazmiyuki

Mencari photographer untuk hari bahagia anda?


2 comments:

mizerni said...

Enie adalah salah sorang alumni UiTM...tu la mentality sesetgh orang mmg mcm tu..semua ingat senang nk masuk UiTM padahal sama je mana2 U pun...mentang2 UiTM semua bumiputra so diowg ingt kte ni takde persaigan sgt..biar diowg nk cakap apa tp yg penting UiTM di hatiku...gud luck for ur degree!

Ridzwan Mohamed said...

err...no komen psl ni. same je pon mane2 u ni. depends dekat kite jugak...masuk u hebat tp kite tak perform tak gune jugak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...