January 30, 2013

Selamat Tinggal Januari 2013



Assalammualaikum

Sedar tak sedar January bakal meninggalkan kita dan February bakal menjelma.. Begitu cepat masa berlalu meninggalkan kita..

Dan dalam sedar tak sedar jugak, umur makin meningkat. Rase-rase ade tak impian atau angan-angan kita yang kita dah capai atau realisasikan?

Kalau maz, frankly speaking.... Banyak lagi yang maz tak dapat buat.. Setiap hari maz berharap umur yang panjang, tubuh badan yang sihat, dimurahkan rezeki dari Allah dan semakin dekat dengan Dia, jauh dari segala maksiat dan yang penting, bahagiakan kedua ibu bapa lepas tu baru diri sendiri.

Dulu masa maz sambung diploma dalam Pengurusan Pejabat di Kolej Unikop, maz kata pada diri sendiri, "satu hari aku akan bekerja di company berjaya kat Malaysia nie"..

Tapi makin menginjak hari, maz tengok itu bukan lagi cita-cita yang maz nak gapai.. Dengan pengaruh orang sekeliling, maz mulakan langkah baru di dalam bidang baru di mana maz sangat tak tahu ape benda tu BROADCASTING.

Mulanye maz memang nak sambung dalam bidang Pengurusan Pejabat dan Teknologi iaitu Ijazah Sistem Pejabat di Puncak Alam.. Tapi maz tolak dan fikir, "aku patot kerja dulu baru sambung ijazah"..

Tapi tak semua kita rancang itu senang dan mudah jalannya. Ada ketikanya ia penuh liku. Dan itu yang maz hadapi bila setiap permohonan kerja macam tak der respon yang baik...

Dan pada ketika itulah maz sedar Allah nak maz tahu yang punya bakat lain yang maz tak sedar pun maz ade, iaitu mendandan dan mencantikkan orang.. Maz mula mekap-mekap dan join photoshoot luar untuk timba lagi pengalaman. Sungguh maz tak dapat lagi pergi ke kelas mekap dan mungkin orang pandang maz tak der qualification dalam bidang mendandan. Tapi maz dapat atasi. Apa yang maz ade sekarang, itu adelah berkat sokongan semua orang yang berada di sisi maz.

Sekarang maz masih lagi belajar.. menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi itu adalah pilihan maz disebabkan kekecewaan mencari kerja. Maz cuba beralih bidang dan yang pasti maz masih cuba mencintai bidang penyiaran ini. Maz tak tau ape menanti maz kat luar sana.. Tapi maz berharap, sekali pun ia perit maz dah bersedia menghadapinya.

Maz akan sentiasa pegang kata-kata "sekali melangkah, takkan pernah pandang ke belakang. Sekali tersungkur, jangan takut untuk bangun melangkah kembali"

Maz nak korang pun kuat hadapi apa jua rintangan dalam hidup. Jangan pernah putus asa, jangan pernah mengeluh.. Sebab masa depan kita masih samar-samar. Kalau korang putus asa sekarang, apa akan jadi dengan masa depan korang. Ingat! Mak ayah korang tak selamanya berada di sisi, suatu hari kita akan berdiri di atas kaki sendiri jugak. 

Jadi mulakan langkah pertama korang sekarang atau korang bakal tersungkur menyembah bumi selama-lamanya..




Lagi satu impian maz untuk bukak butik pengantin sendiri.. Doakan maz yer.. 

Wassalammualaikum.. Terima kasih sebab sudi baca 


twitter & instagram: mazmiyuki

youtube: maz9019

3 comments:

Lady ★ Hanna said...

muka sis cm ct la ;) btw, ; hana nak ajak kamu join segmen hana ;) mana tahu kamu yang bertuah >? jom. bnyk hadiah menarik menanti ;)

Liey A Col by Lieyana Ahmad said...

sy fhm perasaan mcm tu sbb sy pun baru habis belajar, banyak kan dugaan tapi yg penting kita memang kena kuat fizikal n mental. gudluck!! :)

Ieja79 said...

salam...betul kata2 maz,, akak sokong sangat dan doakan maz juga berjaya suatu hari nanti dalam apa jua yang diceburi n doakan akak juga..k..jom singgah www.ieja79.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...