August 2, 2012

Home Made Lasagna Ramadhan



Assalammualaikum.. ehem-ehem! jawab salam tu dulu yer..

Haaaa.. mesti ade yang dok tanye.. hari-hari post resipi.. Ni blog kecantikkkan ker blog resipi??

Alah.. Ape salahnye kan.. Nama pun blog SAYA.. means anything can be posting and can be entry right? Asalkan tak der citer personal or privacy dalam nie.. Tak suke nak heboh-heboh citer gitu. Orang pun tak minat nak tahu!

Hari ni maz nak kongsi resipi lagi. Hari nie maz buat HOMEMADE LASAGNA.. Siyes maz bagitau korang nie, lasagna maz lagi best dari yang korang beli kat pizza hut, lagi best dari Domino's punyer.. Sebab ape sedap? Sebab korang buat dengan penoh kasih sayang!! haaaaaa!! Tapi maz tak kedekut.. Maz kongsi resipi ni untuk semua.. yeaaaayyy!! Sila tepok tangan!!! hahaa

Mudah dan ringkas.. Tapi rumit kalau korang start buat kerja pukul 5 petang cam maz tadi. Baru time tu lah nak potong sayur bagai. Sebaiknye urusan potong-potong sayur dan segala bagai mak nenek tu korang buat pagi-pagi.. petang boleh masak.. Nak masak kuah daging time pagi-pagi pun bolehhhh.. Bila petang korang boleh panaskan balik.. Oraite2! jom kite setart enjin! eyh! setart MASAK!!

HOME MADE LASAGNA



yummeyh kan?? tengok gambar pun dah terliur nie haaaaa


1. Kuah Daging

Bahan-bahan

2-3 batang celery- potong nipis

1 batang lobak merah-dihiris harus

1 biji capcicum- potong nipis

2-3 ulas bawang merah-racik halus

2-3 ulas bawang putih-racik halus

3 sudu cili boh

daging cincang [maz guna daging burger sebab dah ade rempah. so lagi yummy! gune semua 6 keping yang ada dalam pek]- cencang 

2kiub ayam

Cendawan butang sebanyak yang korang suka.. terpulang.. Potong nipis 

1 botol besar sos prego.. tak kisah ape.. yang penting based tomato

Air masak

Cara-cara memasak:

1. Panaskan kuali.. Masukkan minyak dan tumis bawang merah n bawang putih. Tumis sehingga naik bau

2. tumis cili boh sehingga pecah minyak. 

3. masukkan daging burger yang telah dicincang, kemudian masukkan air.. Masukkan lebih air sebab nanti kuah daging akan digunakan untuk lembutkan kulit lasagna

4. bila daging dah masak, tuangkan sos prego ke dalam kuali. Masukkan kesemuanya sekali dan kacau sehingga sebati. 

5. bila dah naik bau [yum3!!] masukkan pulak segala bagai sayur-sayur dan cendawan butang tadi. Kacau sehingga sayur lembut dan jangan lupa kiub ayam tadi. masukkan sekali.. tunggu hingga kiub larut dalam kuah daging, tutup api dan biarkan.

2. RESIPI CHEESE SAUCE

1 peket cheddar cheese, parmesan or mozarella pun boleh

1 cawan setengah Susu segar.. maz gune susu full cream. 

3 sudu besar tepung gandum

CARA-CARA MEMASAK CHEESE SAUCE

1. Cairkan mentega dalam periuk lain

2. Masukkan 3 sudu besar tepung gandum.. kacau dengan mentega sehingga sebati

3. tutup api, alihkan periuk sebentar dari api dan masukkan susu. Kacau dan pastikan tepung tidak berketul-ketul. panaskan balik atas api dengan api kecil

4. Masukkan 1 pekat cheddar cheese.. Kacau.. Kalau kuah terlalu pekat, masukkan lagi susu untuk cairkan kuah cheese.. Tambah lagi cheese ikut kesukaan :)

Siap!!


3. PENYEDIAAN LASAGNA

1. okeyh time ni korang kene panaskan oven dengan suhu 180c selama 10 minit dulu

2. Ambik dulang empat segi. Lapis dulang dengan minyak sikit. Lepas tu susun kulit lasagna.. Kalau dulang besar, susun dua kulit lasagna sebelah menyebelah.. 

3. Start dengan letakkan kuah daging, letak banyak-banyak pun tak per.. lepas tu letak cheese sauce.. then lapis balik dengan kulit lasagna.. Then ulang step yang sama.. Letak kuah daging n cheese sauce.. 

4. Akhir sekali akhiri dengan kulit lasagna dan cheese sauce di bahagian atas.. bila selesai masukkan ke dalam oven dan bakar selama 40 minit dengan suhu 180c..

5. Siap!!!

6. Tunggu sejuk dulu baru makan.. Konpem yummy!! Tak tipu punyer.. hehehee


Ape-ape pun selamat mencuba.. Kalau resipi ni panjang cam karangan, maz mintak maaf yer.. hehehe.. Tak perasan. Sedap menaip sedap lagi membayangkan lasagna tu.. hihihiihi




HOW TO CATCH ME: Just click the link :)

YOUTUBE: Maz9019

FB PAGE: Little Love Always

TWITTER: NurulMazniSawal

1 comment:

.::: Princess MOMOY :::. said...

pasal gambar testi AM tu
boleh dear tapi jangan buang watermark tu yer

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...