August 1, 2012

Tutorial Masakan: Resipi Grilled Chicken with Sausage, Black Pepper Sauce dan Nasi Goreng



Assalammualaikum

Salam Ramadhan hari yang ke 12!!! Dah 12 hari kita berpuasa yer.. 

Cepatnye masa berlalu... Terase ape yang kite buat cam sekejap jer.. Itulah kuasa Allah yang kita takkan dapat atasi.. 

Okeyh.. Firstly maz mintak maaf pada sesiapa yang maz berjanji sebab sepatutnya entry ni publish dalam pagi-pagi tadi.. Tapi disebabkan badan tetiba rase tak sedap, padahal tak demam pun cuma nafas maz panas semacam.. So maz tido sepanjang hari. Dan entry ni pun terbengkalai cam tu jer..

Sorry sangat-sangat.

Ini cuma entry resipi masakan. Kalau ade yang minat jom!! 





Fried Rice with Grilled Chicken, Sausage n Black Pepper Sauce
[kalau taip dalam bahasa inggeris nampak lagi yummy kan? hahaha]


Resipi untuk Ayam Black Pepper

Sos perapan.. hehehe.. maz cuma guna sos dalam botol jer..

nama sos: SOS BARBEKU ORIENTAL [LIFE]

dan air masak sedikit. Letak ke dalam sos dan gaul sekali dengan ayam

Perap semalaman.. Baru sos perapan lekat kat ayam.. Jangan perap sekejap jer.. Takut sos perapan tak serap dalam ayam.

Sebaiknya buat lepas berbuka ker.. Malam-malam lepas solat isyak tu.. Pastu simpan dalam peti ais.. Haaa! Jangan lupa perap sekali sosej dalam sos perapan tu yer.

Esoknye, korang panaskan dulu oven dalam 10 minit, 180c.. Bila dah panas, baru susun ayam atas dulang dan grilled ayam dalam oven. Masak selama 30 minit dengan suhu 200c


Ni resipi untuk NASI GORENG CILI PADI

BAHAN-BAHAN [untuk 5 orang makan]

6 ulas bawang merah [tumbuk hingga lumat]
4 ulas bawang putih [tumbuk hingga lumat]

6 biji cili api [tumbuk hingga lumat]

stock ikan bilis [klu tak der stock ikan bilis, boleh pakai ikan bilis, tapi kene tumbuk dulu yer sampai lumat]

3sudu besar cili boh

2 sudu besar kicap manis

Nasi putih untuk 5 orang makan

CARA-CARA MASAK NASI GORENG CILI API

Panaskan kuali dan pastikan minyak panas baru tumiskan bawang merah, bawang putih, cili api dan juga stock ikan bilis yang telah ditumbuk sebentar tadi.

Lepas tu baru tumis cili boh.. Besarkan sikit api untuk masak cili sampai pecah minyak.

Masukkan kicap dan kemudian kecilkan api dan masukkan nasi.. Balik-balikkan nasi dan pastikan sambal kena pada nasi putih.

Resipi sos black pepper:

Gunakan sos dalam botol jugak dari LIFE.. maz dah buang botol tu. So tak ingat nama dia dah.. 

Tak kisah jenama ape jugak.. Masak di atas api sederhana, tambahkan air sedikit [dalam suku cawan] dan kacau.. Kalau rase terlalu pekat, tambah air lagi.. 

Kalau risau terlalu pedas, tambahkan gula satu sudu besar.. 

Itu jerlah.. Selamat mencuba.. Btw, korang boleh pakai ape-ape sahaja sos perapan.. Tak kisah pun. Yang penting sos tu boleh guna untuk perap ayam.. Kalau nak buat homemade sos perapan lagi digalakkan.. Tapi yang tu korang kene google lah.. Maz tak reti sangat!! hehehehe

Lagi satu, maz guna ayam untuk chicken chop. Korang boleh carik ayam ni kat Tesco, giant ade jugak kot.. Yang boneless.. Ayam yang sekali dengan tulang pun boleh. Tak kisah.. Selamat mencuba sekali lagi!! Salam ramadhan!! :)


HOW TO CATCH ME: Just click the link :)

YOUTUBE: Maz9019

FB PAGE: Little Love Always

TWITTER: NurulMazniSawal


Klik IKLAN DI BAWAH ni sekali tau!! 








No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...