Assalammualaikum..
Malam tadi ade benda yang maz nak post kat korang.. Tapi dah petang-petang gini jadi lupa.. Apsal lah agaknya... Dah meningkat usia kot. [sajer tak mo cakap dah tuaaaaa]
Alhamdulillah.. Syukur ke hadrat Illahi hari ni maz dan korang semua masih diberi peluang untuk bernafas di bumi ALLAH nie..
Korang sedar tak, minggu depan jer lagi.. Lagi berapa hari jer lagi kita nak masuk tahun baru. Betol tak?? Tak lama jer lagi kan?? Cepatnye masa berlalu..
Dan setiap kali masuk tahun baru, apa yang korang rancang dalam hidup korang? Azam tahun baru mestilah bertukar setiap tahun. Atau masih sama??
Tak kisahlah.. Asalkan ada pun sudah memadai. Cuma maz nak tanya... Dalam hidup korang, pernah tak korang berdendam atau membenci orang lain? Dan sebab apa korang boleh benci dan dendam dengan orang tu? Kalau ade maz ucapkan tahniah sebab dah berjaya membina jarak antara hubungan korang dan dia.
Sedar tak korang yang kita ni bersaudara.. Kalau sesama Islam tu, kita ni sememangnya bersaudara walaupun bukan lahir dari rahim yang sama. Memanglah betol sukar melupakan apa yang telah dia buat. Tapi sampai bila kita nak hidup dengan menyimpan dendam pada orang?
Nak bawak sampai ke kubur ker? Biar tanam sekali dengan korang?
Mestilah tak mahu. Betol tak? Sedangkan Nabi boleh ampunkan umatnya.. Nabi lagilah besar dugaannya.. Lagilah banyak orang yang mendedami baginda. Tapi baginda dengan mudah memaafkan mereka. Takkan kita tak mampu buat begitu?
So, menjelang tahun baru nie... Kita tanamlah azam maafkan orang-orang yang pernah buat salah dengan kita. Seberat atau sebesar zarah pun kesilapan dia, maafkanlah dia. Mana tahu umur orang yang kita maafkan tu tak panjang, sekurang-kurangnya beban dia di sana dah berkurang bila kita maafkan dia..
Maaflah kalau ada salah silap dari maz jugak. Harap korang maafkan maz.. Maz insan yang tak sempurna. Sentiasa buat kesilapan..
Comellllll :)
Tweet
No comments:
Post a Comment