August 3, 2011

Tolonglah jadi BERMARUAH sikit......

Alhamdulillah.. Selesai sudah ramadhan ke tiga kita kan... Maka hari ni adalah hari ke empat untuk tarawikh. Maz memang jarang sikit pergi tarawikh.. Buat apa maz nak berdega-dega cakap maz SELALU PERGI TARAWIKH padahal satu hari pun [dari mula ramadhan] tak pernah pergi. Lebih baik jujur dari cakap TAK SERUPA BIKIN. Ye dakkk??

Lepas tu sekarang ni macam makin banyak jer MEREKA-MEREKA ni yang tak puas hati. Baik kat blog memang tak payah cerita lagilah. Memang ramai yang sanggup tukar profession mereka untuk menjadi yang terhebat dalam MENUTUR KATA-KATA PEDAS LAGI MENUSUK KALBU TEROS MELEKAT KE TULANG SUM-SUM.. HuissssshhH!!! Memang ramai..

*lebih kurang ginilah


Ini cerita kat facebook pulak. Kalau kat blog anonymous memang dah berjaya. Tapi kalau kat facebook, anonymous ni baru nak meningkat naik. Dulu maz pernah kene pasal sorang anonymous ni kondem pasal penampilan maz yang berisi.. Siap sungguh-sungguh maki maz macam dia kurus sangat. Tapi gambar pun tak der, cuma cakap berdega-dega macam dia jer yang cantik, dia jer yang kurus kat dunia nie.

Lepas tu sekarang macam makin ramai tak puas hati.. Tapi rasenye diorang ni macam bermaruah sket. At least ada gambar..... Tapi gambar CARTOON... Alahai.... Meyhlah sayang-sayang maz semua. Nak tegor or betolkan orang, pliz BERMARUAH keyh.. 

Setakat gambar cartoon, maz pun boleyh letak lepas tu kondem orang sampai esok dia tutup facebook dia. Paling tidak pun dia deactivate facebook pun dah cukup baik dah. BERJAYA lah jugak tu kan??

Banyak jer mereka-mereka ni yang tak berapa nak puas hati dengan apa yang seseorang tu ada. Contohnya blogger popular, mereka ade nama, follower ramai tapi paling tidak sehari atau pun hari-hari ada jer yang tak puas hati dengan diorang. Apakan lagi bidang yang maz ceburi sekarang. Baik maz sebagai make up artist, talent-talent baru atau pun photographer sendiri ada yang tak berkenan jer, terus kondem.. Tembak-tembak sampai orang tu tersungkur.

Hahahahaha........ Tak semudah tu nak jatuhkan orang cuma dengan kata-kata korang yang tak seberapa tu. Fikir-fikirlah yer.... Banyak lagi profession lain korang boleyh sandang. Janganlah profession yang tak bermaruh tu jugak korang banggakan.. 


P/s: Bak kata orang bijak pandai, nak tegor biarlah berbahasa. Orang berbudi kita berbahasa. Kan lagi baik.


Sekian.. Selamat beramal dan selamat berpuasa.. 

2 comments:

una ahmad said...

haha. relex kak maz. diorang ni jeles. haha. diorang xmampu jdi mcm kak maz, kak maz hebat. go babeh go. haha

Nurul Mazni Sawal said...

@una ahmad: akak ok jer.. juz blogger popular lah cian.. asyik kene hentam jer.. hahahha.. tengs unaaa~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...