August 30, 2011

Tips-tips Kelihatan Segar dan Menawan di Pagi Raya

Alhamdulillah.. Selesai sudah puasa 30 hari kita di bulan ramadhan.. Dan macam biasalah malam-malam raya gini kawan-kawan dok bermesej ucap selamat hari raya.. Sampaikan ade jer nombor yang maz tak kenal hantar mesej gak.. Ada tu pulak sampaikan maz kol balik orang tu sebab nama dia hampir sama dengan kawan maz.. Ingatkan kawan maz, tapi rupanye bukan.. Huhuhu.. cedih pulak tetiba.

Seperti yang dijanjikan, maz cuba untuk update pasal tips-tips kelihatan segar dan menawan di pagi raya.. Tapi maz sibuk sikit dengan biskut raya.. Sebab tu tak dapat nak update apa-apa.. Jadi jomlah kite terjah antara tips untuk kelihatan jelita dan menawan di pagi raya..

TIPS-TIPS KELIHATAN SEGAR DAN MENAWAN 
DI PAGI RAYA


1. Minum 8 gelas air masak sehari.. Ini penting.. Badan perlukan air. Maz paham korang kalau dah ziarah rumah rakan-rakan, konpem air manis tak lepas. Air gas berbotol-botol [sebenarnye maz pun gitu]. Tapi cuba elakkan.. Mintak jer air masak.. Katalah "aku ni cepat dehydration.." konpem kene sebijik dengan kawan. hihihi

2. Untuk muka, jangan lupa pakai moisturizer dan juga sun block.. Kalau tak nak pakai sun block, pastikan moisturizer korang ade kandungan SPF. Ini untuk memastikan muka mendapat lembapan di samping menghindar dari sinar cahaya UV yang berbahaya pada kulit.

3. Kalau pakai mekap pulak, maz sarankan apply foundation dengan span basah. Kalau korang sangat pemalas pakai moisturizer, cara ni paling berkesan.. Selain lembapkan muka dengan ais atau air, span basah juga sangat membantu untuk bagi mekap tahan lama!

4. Untuk aplikasi ringan bedak compact, jangan basahkan span.. Cuma pupuk sahaja atau pakailah loose powder. Lagi ringan jer rasa.

5. Pakailah bahan kosmetik yang waterproof sebab kalau dah tengahari mesti panas. Takut mekap cair jerlah.. [pastu membentuk rupa-rupa yang tak berapa digemari ramai] hehehe.. 

6. Pastikan dalam beg tangan anda, ade FACIAL WET TISSUE, MAKE UP REMOVER dan juga BEG MEKAP of course, barang-barang yang wajib ada untuk touch up semula.. Raya-raya jugak.. Tapi jangan lupa kewajipan kite sebagai umat ISLAM yer.

7. Untuk pastikan mekap tahan lama, sembur make up fix mist. Make up fix mist ni disembur selepas kita pakai mekap untuk memastikan mekap tahan di muka. Ia boleh didapati di ETUDE HOUSE. Itu jer satu-satunye tempat yang maz tahu ada jual make up fix mist nie.. ade kedai lain lagi tak??

So, rasa-rasa cukup tak?? Maz tak tau nak list ape lagi. Haaaa.. Lagi satu. Untuk pengguna tegar contact lens, pastikan bawalah bekas simpan contact lens dan juga travel pack solution. Optional untuk tambah ubat titik mata.. All this is crucial okeh.. Jangan biarkan mata letih dan tak bermaya disebabkan contact lens.. 

Itu jerlah.. Maz pun dah tunaikan janji maz.. Selamat berhari raya semua follower dan juga silent reader. Serta tak lupa kepada encik-encik, dan mak incik-mak incik stalker.. Maz mohon maaf dari hujung shawl sampai hujung jari kaki.. Kalau ada tersalah dan tersilap sepanjang maz berblogging, maz mohon ampun.. 

Jangan main mercun.. Main bunga api tak per.. Tapi jaga-jaga sikit.. Budak-budak sekarang banyak bijaknya.. Dari bunga api jadi meriam buluh pulak. Ahhh.. sudahhhhh!! Ade lagi kes hilang jari di malam raya.. Hik3.... Assalammualaikum..


Klik Nuffnang, maz nak beli kereta kebal :)












P/s: Kesian kat mak cik.. Mood raya dia dah hancus.. Sebab jari dia membengkak tiba-tiba.. Huhuhu.. Sedih tengok.

5 comments:

Jiwa Kamikaze said...

kalu sy yg jd mangsa solek ok x??:)

Nana said...

thx for the tips sista ! :) esok nak jalan2 beraya kat rumah kawan2 :)

Nurul Mazni Sawal said...

@Black PeppEr mALayA: kalau jadi mangsa solek pun leyh cuba cara nie.. semua pun leyh cuba sebenarnye..

Nurul Mazni Sawal said...

@Nana Ichigo: welcome dear.. try lah.. akak puun same.. panas lah hari nie.. cair mekap.

una ahmad said...

kak maz bila nk makeup una plak ni? nk comei jugak mcm kak maz. he he

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...