August 2, 2011

Kisah satu hari di depan bilik bersalin

Assalammulaikum...

Alhamdulillah... Berkat dah latih diri selama 21 tahun hidup nie.. Puasa first day pun tak rasa macam puasa. Tak rasa haus pun. Mungkin sebab maz duduk rumah jer kot. Sebab tu rasa lapar atau haus tu cam kacang jer! Hahahaha...

Maz ada satu cerita nak kongsi dengan korang nie.. Biler citer pasal bulan ramadhan, maz jadi teringat pada satu kisah yang berlaku 21 tahun lepas.

Masa tu, maz nak keluar dari perot mak.. [bersalinlah].. So, encik ayah tunggu dekat luar bilik bersalin sementara menanti emak.. *hospital kerajaan mana benarkan suami masuk. Jangan korang nak bajet cam dalam FILEM pulak yer.


Pastu, sementara menanti, dalam masa yang sama ade seorang lelaki jugak sedang menanti isterinya di luar bilik bersalin. Maka bersembanglah kedua-dua lelaki tersebut. Encik ayah dan encik Penunggu Setia.. [suke-suke jer bagi nama]

Nak skipkan cerita, meyh kite tengok dialog mereka berdua yer *nama dirahsiakan dulu:

-----------------------dialog encik ayah dan encik penunggu setia-------------------------

Credit to encik google

Encik Ayah: Assalammualaikum bang. Tunggu bini gak ker?

Encik Penunggu Setia: Wassalam.. A'ah.. Bini saya bersalin kat dalam nie. Awak pun sama ker?

Encik Ayah: A'ah.. samelah.. Dah lama dah tunggu kat luar ni..

--------sembang punya sembang.. Bla dan bla, dan blaaa blaaaa.. ------------ [nak pendekkan citer jer nie]


Encik Ayah: Kite dah lama borakkan.. Tapi tak tau pun nama abang.. Nama abang apa?

Encik Penunggu Setia: Betul jugak tu. Punyalah syok sangat bercerita. Tapi terlupa nak tanya nama.. Nama saya RAMADHAN... Awak?

Encik Ayah: Hahahhaa.. Baguslah tu.. Nama saya pulak SYAWAL...

Encik Penunggu Setia: haaaaaa?? Kebetulan yer.. Hahahahahaha..

Encik Ayah: Yerlahhh.. Hahahahahha


Setelah 21 tahun berlalu, apalah jadi kat anak encik ramadhan tu yer? Agak-agak encik ramadhan ingat lagi tak cerita nie? Mesti dia gelak besar kan..... Cerita ni pernah jugak masuk dalam majalah G3.. tapi diolah semula oleh cousin maz.

Dalam olahan semula oleh kezen maz tu, encik RAMADHAN berlalu pergi sebab merasakan encik SYAWAL mempermain-mainkan dia.. Sebenarnye tak pun. Diorang cuma gelak sebab kebetulankan..

Biler baca balik, kelakar sangat-sangat. Maz pun tak sure anak encik ramadhan tu lelaki atau perempuan. Tapi yang pasti kami sama umur, sama tarikh lahir...

Kepada encik ramadhan.. kalau rasa-rasa anda masih teringat kisah lama di depan bilik bersalin tu, silalah contact saya ye. Saya nak berkenalan dengan anak anda.. Hahahahahaha!!!! Gurau jer :)

6 comments:

Nyamuk Terbang said...

wah ad crta btl rupanya
ingtkn crta p ramlee jer

Popoi said...

heehee ^^

maszull said...

slm ...best nyer cite die ...kisah benar awk k...?kalau betul best citenya...:)
mama dah follow jom follow mama blik k...:)

Nurul Mazni said...

@Nyamuk Terbang: hehehe..ni bukan citer p.ramlee dah.. memang citer betol2.. memang pernah jadi.. :)

Nurul Mazni said...

@maszull: wassalam sis..citer benar.. tak de yang benar, melainkan yang benar2 belaka.. hehehe.. saya tak mengarang citer.. ngeee.. insya allah..sy akan follow balik.. tengs~~

Usahawan Muda said...

jemput ke blog usahawan muda. http://biznesshoppe.blogspot.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...