Kali ni.. segmen yang dianjurkan bakal membuatkan korang mengalirkan air mata tatkala [skema!] korang sedap menaip. Kenapa??? Sila tengok sendiri tajuk segmen dan saya paham yang anda mengerti kenapa. Tak perlu nak terang panjang lebar dah.
Macam biasa. Boleh tekan banner untuk terus ke segmen. Kalau masih sempat. Saya ni pun terkejar-kejar sebab pukul 12 malam tutup nie. Skang dah pukul baper.. Huishhhh!!
-Ceritakan satu kenangan yang paling anda tidak dapat lupakan ketika bersama ibu anda .. Tak kira manis , sedih , pahit atau apa saja yang ingin anda kongsikan .. Mesti lebih dari 100 patah perkataan
---> Saya tak der kenangan manis dengan satu-satunya wanita yang saya gelar emak. Tapi setiap apa yang emak lakukan, baik untuk saya, atau kedua-dua adik saya amat saya hargai. Dia seorang wanita yang tabah, kuat dan cekal malahan tidak pernah putus asa walaupun kadang kala hatinya disakiti oleh anak-anaknya sendiri. Emak tidak pernah berkira kalau saya mintak apa sahaja dari dia.
Sebutlah.. Nak kan itu, ini.. Semua dia beri. Tapi bila makin menginjak usia, emak dah kurang manjakan saya sebagai satu-satunya anak perempuan dalam keluarga. Kata emak, "mak nak korang rasa susah payah.. Bukan asyik rasa kesenangan jer".
Paling tak boleh nak lupakan bila emak sanggup tunaikan permintaan kami adik beradik untuk keluar berjalan-jalan walaupun ketika itu, sabtu dan ahad adalah hari untuk emak berehat setelah dari hari isnin hingga jumaat bekerja.. Mak jugak pernah cakap "kalau mak tak kerja, saper yang nak bayar duit broadband kakak, belanja adik-adik yang lain, itu, ini..."
Kerana itu saya nekad untuk belajar bersungguh-sungguh demi membayar jasa emak yang sudi melahirkan saya kebumi ini. Kerana tanpa dia yang sanggup bersusah payah mengendong saya ke hulu ke hilir selama 9 bulan, saya takkan ada kat dunia. Kalau dulu mak terfikir nak gugurkan saya, takkan adalah NURUL MAZNI SAWAL di muka bumi ini. Juga takkan ada sesiapa pun tahu kewujudan saya.. Emak.. Kerana kau, anak mu ini berada di bumi ini. Merasai setiap onak dan ranjau hidup. TERIMA KASIH EMAK!!
- Antara ibu dan ayah , siapakah yang anda lebihkan ?
----> Sudah pasti saya memilih emak saya. Tapi kena ingat, kalau tanpa ayah, saperlah kita jugak di dunia ini. Kena fikir dalam-dalam pasal ni keyh.. Perempuan dengan perempuan takkan hasilkan anak... Cam tu jugak lelaki dengan lelaki.. Yeaaaahhh!!
-Apakah anda sanggup tinggalkan ibu atau ayah anda di rumah orang tua ?
----> TIDAK SAMA SEKALI!! Sebab saya adalah orang yang paling mengutuk anak-anak yang sanggup hantar mak ayah diorang kat rumah orang tua. Kenape masa korang kecik-kecik, mak ayah sanggup jaga korang sampai besar panjang. Tapi korang diminta jaga mak ayah korang tak sanggup?? Sebab korang terpaksa nak bersihkan kencing berak diorang? Atau sebab korang gelikan muntah diorang?? Dulu korang kecik-kecik saper yang bersihkan semua tu?? Korang kan memang suka-suka muntah kat baju mak korang, kencing merata-rata, menangis melalak sesuka hati korang tak kira masa sampai ayah korang pening-pening pergi kerja pagi pagi.. Huh! Fikir sendiri [panas tetiba..]
Mintak-mintak saya tak buat macam tu kat mak ayah saya. Aminnnn....
-Pendapat anda mengenai anak anak yang sanggup bercakaran merebut harta pusaka orang tua mereka..
---> Itu pun korang nak kisah ker?? Harta tak bawak kuburlah. Jangan risau. Mak ayah korang tetap akan bagi korang rasa harta diorang. Tak payah nak kisah sangat baper banyak mak ayah bagi asalkan korang merasa jugak. Orang-orang yang bercakaran ni, selalunya tak pernah puas dengan harta sendiri+jeles dengan kelebihan orang lain. Pantang adik dapat lebih sikit, mulalah kakak/abang bercakaran sebab nak harta yang terlebih kat adik tu.. Macam-macam.. Duniaaaaaaa~~
Alhamdulillah kalau korang bukan antara yang terlist dalam ni lah.. Jagalah mak ayah korang baik baik selagi hayat diorang dikandung badan. Jangan nanti bila mereka dah tak der, baru korang nak nangis meratap-ratap kat kubur diorang.... Selesai!!!
Penulis Malas Yang Penuh Cinta dan Cita-cita itu SAYA..... Tweet
5 comments:
singgah bace sini..
meh la bace kisah sedih saye juge.. :)
Mak akk ckp ' sape nak byr bil broadnand n bla3 '??
haha sgt kelaka. xD
em ye betol tuu.ibu bukan ratu hatiku tp adlh hatiku, ayt Ben Ashaari. hehe.
cik najihah: thx singgah.. nanti sy baca akak punyer entry pulak yer..
BeYLa! : hahaha.. tau tak per.. tapi terasa gak biler dia ckp cm tu.. hehehehh
mak kamu seorang ibu yang gigih kan? sanggup kerja sume untuk kamu adik badik..:) jasa mak ayah ni mmg tak terbalas rasenye ye tak?
meh ke rumah..
~kisah anak²~
keep in touch ye..♥♥♥
Post a Comment