March 16, 2011

Hujung Bulan Jer Kau Cari Pasal dengan Aku!

Assalammualaikum.. peeps!! Dan selamat sejahtera buat yang bukan Islam.

Hadoiyai.. Tension jer dengan berukband nie tau. Bila dah sampai limit time dia, pandai betul dia nak melambat-lambatkan urusan. Tapi kalau tang nak bayar, semua pun nak cepat. Ni lah kadang-kadang sakit hati jer guna berukband nie. Sebab mana-mana yang subscribe broadband, mesti bengangkan bila dah lebih limit.....

Nak lagi pandai, bila dah lebih limit tu, dia suruhlah kita download quota. Download tu bukannya FREE!! Kena bayar ikut baper besar korang nak pakai pulak.. Jadi kalau dah nak dekat hujung bulan nie, saya memang mengangalah depan laptop. Tunggu satu page loading. Lama gila korang tahuuuuuuu????!!!

Nak tak nak, kenalah tunggu bil sampai, pastu baru internet ni laju balik sebab quota dah balik ke asal. Wuiiiissssshhh!! Berasap tunggu tau. Kot lah 21 haribulan tu boleh main kejar-kejar hari tak per gak. [erk! faham ke tak nie] Tau-tau 21hb tu dah hari nie kannnn.. Tapi kita ni manusia. Bukan DORAEMON. Ko naik mesin masa, boleh pergi masa depan!

Panas gaklah hati. Tapi sendiri gak salah. Awal-awal hari tu pergi bantai lenjan broadband ni tengok video je kojenye.. Tu yang broadband ni jadi lembap. Yerlah weyh! Korang bayangkan sendirilah. Saya sekarang ni peminat vlog blogger-blogger dan yang pastinya ANWARHADI dan LUTFI menjadi pilihan. Depa dua orang, sempoi gilaaaaa!!!!

Tak ketinggalan lenjan tengok video MICHELLE PHAN. Untuk korang jugak. Nak gak update tutorial mekap tu kan. Ni dua tutorial jer, saya dah stop buat. Bukan tak mahu tapi kadang-kadang nak kena mencari idea tu yang sakit kepala. Adoi [kuasa 3]. Pastu belom campor lagi download gambar itu ini. Chatting dengan kawan, download lagu baru. Aishhhhhhh!! Banyaklah. Tak terkira banyaknya aktiviti saya dengan internet nie. Rasanye kalau sehari tak dapat online, mau mengangkang duduk rumah. *buruknya perangai....

Rasanya tak der benda dah nak dibebelkan. Hati pun bengkek jer bila kawan praktikal cakap, ada pelanggan mengadu pasal operator tak menjalankan kerja dengan baik. Bukan salah kami sebagai pelajar praktikal gantikan tugas operator untuk sementara. Kerja kitaorang adalah pass line atau transfer call masuk. Orang yang dipertanggungjawabkan untuk menjawab soalan pelanggan tu yang bersalah tahu.... Urgggghhhh!! Pagi-pagi dah bikin geram!

Penulis Malas Yang Penuh Cinta dan Cita-Cita itu SAYA....



P/s: Maaflah. Tak der gambar nak tunjuk kat korang. Tahu sendirilah kan. Kalau sebelum ni upload gambar, 2 minit jer. Ni dah jadi setengah jam. Malazlah! Urgggghhh!!

2 comments:

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail said...

hahaha~ patut la..btw dear. u makeup memg cantik..ajar sis laaa!!!! =)

Nurul Mazni Sawal said...

Khumaera Ismail aka Habibi Hamid: boleyh ajer nak ajar sis.. tapi sy tengok sis mekap pun cantik gak.. hihih..klu nak tengok tekan butang tutorial mekap tu sis.. nanti sy update yg baru..sis requestlah nk mekap cm ner.. hehee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...