Semalam dalam perjalanan nak balik kerja, dengar stesyen radio english mana tah [keterlupaan]. Diorang bincang pasal "WHAT DO YOU SMUGGLE INTO A CINEMA?" atau dalam bahasa melayunya "APA YANG KORANG SELUDUP MASUK DALAM PANGGUNG WAYANG".
Sila jangan salah faham makna seludup masuk tu. Bukan seludup PATI yer.. Hak3!! Tapi SELUDUP MAKANAN... Haaaaaaaaa!! Pasti korang pernah buat macam tu kan??
Kadang-kadang tengok wayang, boringlah asyik makan popcorn+cikedis+hotdog+corn+air gas/mineral/jus.. Itu jer antara pilihan makanan yang disediakan kat kaunter makanan kan. Jadi korang rasa-rasa apa agaknya makanan yang pernah saya dan korang atau mungkin akan datang korang bakal seludup masuk dalam panggung wayang??? SILA TENGOK LIST DI BAWAH...
1. BURGER MCD@BURGER KING@KFC = FAST FOOD
Orang pertama nak mengaku pernah wat mende nie. Masa tu bawak beg besar pergi jalan-jalan. Nak buat citer, kawan nak seludup makanan lain masuk wayang. So fast food yang paling dekat ialah MCD.. Seludup burger lah. Orang lain tengok wayang berteman popcorn, saya dan kawan tidak pedulikan orang sebelah. Kami sedap melahap burger. Korang???
2. MANGKUK TINGKAT
Mak korang masak sedap-sedap sebelum korang nak keluar jalan. Nak makan, dah tak sempat! Kawan dan bising-bising suruh cepat-cepat keluar rumah sebab nak kejar LRT, BUS.. Dan pelbagai jenis lagi PUBLIC TRANSPORT yang ada... Mak korang pulak punyalah rajin, tolong bekalkan makanan untuk korang. Nak tak nak, tebal muka bawak masuk cinema. Sebelom tu sediakan 'beg ala-ala beg ko beli barang mahal, of course beg kertas'. So then orang yang jaga tu tak perasan! Ahakz! Lauk wajib= Nasi, telor goreng, kari ayam! Perghhhhh~ Terbaik dari mak tu!! Korang?
3. CIKEDIS IKUT SUKA HATI
Nak ikutkan golongan ketiga nie ada jer disediakan kat kaunter. Tapi cikedis yang diorang sediakan tak menepati tekak korang. Harapnnya adalah cikedis zaman korang kecik-kecik dulu. Dah tak der, rembat jer kat kedai 7E [berbayar yer], seludup lepas tu biler dah duduk, pelan-pelan bukak plastik beg supaya tak didengari. Dowh!! Korang makan cikedis perisa durian tu. Hambik orang sebelah. Mulut dah bau durian. Ada tu cikedis kacang panjang tu. Warna hijau-hijau. Hehehehehe.. Korang?
4. SALAD ATAU BUAH-BUAHAN SELAIN DARI DURIAN
Jangan tak tau, ada juga antara kita yang jaga makan sehingga popcorn pun tak mahu sentuh. MANIS GULA! Jadi jalan singkatnya, sediakan buah-buahan. Ambik dari peti ais rumah pun boleh. Tak pun singgahlah kejap COLD STORAGE kan. Beli apa yang patut, letak diam-diam dalam beg [beg lagi]..... Kalau salad pulak, pastikan buah-buahan tu segar. Kang jangan sampai masa nak makan, semua dah layu. Nangis tak berlagulah korang dalam wayang. Korang??
5. DURIAN
Kenapa nombor 4 tu saya tulis cam tu? Sebab saya nak asingkan buah durian ni dari list buah-buahan tu. Pernah ker korang seludup durian?? Wahhhhhh!! Tak leyh bayang dah bau dalam panggung wayang tu kalau korang seludup buah DURIAN ni. Ini dah kira gangguan PERNAFASAN dah. Kalau korang kata bawak buah rambutan, terimahalah lagi sebab tengah musim buah rambutan ker kan.. Tapi kalau durian, korang fikir-fikirlah sendiri. Bukan korang jer yang bakal diterajang keluar dari panggung wayang, tapi penonton-penonton lain pun terpaksa dikejarkan ke hospital kerana mengalami PERNAFASAN DURIAN KE DURIAN [merepek per!].. Korang?
Sampai sini jerlah list tu. Otak dah kosong gila nie. Nak pergi tido dengan harapan dapat generate tajuk lagi best untuk entry esok.. Korang nak tau ker?????????? Tunggu esok jerlah~ Mata dah mintak tutuplah.
Sebelum tu, cuba korang fikir-fikir apa yang korang pernah seludup masa tengok wayang. Kita kongsi-kongsi. Sharing is caring!!
Peringatan: UNTUK SELUDUP MASUK MAKANAN LAIN SELAIN DARI POPCORN, SILA SEDIAKAN BEG YANG CUKUP BESAR UNTUK MAKANAN TERSEBUT DAN BUAT AKSI "ALA-ALA MUKA TIDAK BERSALAH+INNOCENT" BILER PETUGAS WAYANG CEK TIKET KORANG. BARU SELAMAT. SILA JANGAN GELABAH KAMBENG KEYH!
P/s: Nak jalan-jalan kat blog. Tapi kenapa buzy sangat sekarang nie?? Benci betol!!! Tapi jangan lupa tinggal link. Saya akan cuba sehabis daya [ayat nk skema jer] untuk terjah blog korang okeyh. Bubye!!! Tweet
3 comments:
haha.terase seh dgn entry nie.aku slalu bawak masuk double cheese bugur doe.^_^
kalau seludup durian tu mmg melampau la haha..saya ska seludup pizza dalam bag hahahaha..
@zulfahmi abidin: hahahha.. aku pun terase gak sebab aku pernah wat. ngeee
@zoey: pizza?? menarik!!! pizza saiz per tu? medium, large???
Post a Comment