*gambar ihsan PAK CIK GOOGLE. Thx pak cik!
Selalunye kat mana korang beli aiskrim???
1. Kedai 7Eleven, Kedai runcit n apa2 jer kedai yang jual aiskrim
2. Orang yang naik motor dan selalu jual dekat kawasan perumahan. Selalunye diorang bawak tong ais yang besar dipenuhi dengan aiskrim yang sedap2.. yummy!!
3. Lori aiskrim contohnye "mingo-mingo" dan sebagainye lagi.
"yang mana satu, idaman kalbu???" Haaaa.. pilih-pilih antara 3 pilihan di atas!!
Saya pasti mesti ada antara salah satu atau ketiga-tiga sekali pernah menjadi pilihan korang untuk beli aiskrim. Aiskrim ni selalunye sebagai pencuci mulut, menghilangkan rasa haus ketika cuaca panas, dan adakalanya bila makan beramai-ramai bersama keluarga, rasa BAHAGIA jer kan...
Tapi korang pasti mengenai tahap kebersihan yang ada pada pembungkus, cone aiskrim atau pun TANGAN PENJUAL AISKRIM?????
Sebenarnye saya terfikir mengutarakan isu ini bila semasa duduk di kampung (hampir 2 minggu lamanye), selalu ada penjual aiskrim yang datang lalu lalang di kawasan perumahan nenek saya, menjual aiskrim *ofcourse!
Tetapi apabila terlalu kerap membeli, nenek saya mulalah pok-pek,pok-pek mengenai tahap kebersihan tangan penjual aiskrim terutama saya yang amat suke sekali makan aiskrim cone. Bukan aiskrim cone yang ada pembalut tu yer.. Tapi aiskrim kon yang dalam balang biskut tu. Haaa!!! Paham dah maksud saya??
*Ihsan PC Google, Aiskrim kon.
*Ihsan PC Google, Tangan penjual aiskrim
Berikut lah merupakan rungutan nenek saya. Bukan apa. Saya paham dia risaukan kesihatan cucu-cucunya dan terutama sekali tak mahu cucu-cucunye dok perabih duit jer kojo eyh! Tapi kalau orang dah degil, cakap macam mana pun, tak jalan. Dan selalunye saya akan cakap, "orang tu basuh tanganlah nek...."
Pernah tak korang terfikir apa yang penjual aiskrim tu buat sebelum pergi menjual. Mesti dia ada singgah mana-mana, pegang apa-apa, dan duduk dimana-mana. Yang paling penting, adakah penjual aiskrim tersebut membasuh tangan mereka dan menggunakan sabun atau pembersih seperti hand sanitizer bagi membuang kuman di tangan sebelum pergi menjual??? Atau paling tidak, adakah mereka membersihkan pemegang motor diorang tu???
Tiba-tiba tekak rasa kembang pulak. Kenapalah selama ini tak terfikir macam tu?? Kalau tekak kata nak, tetap nak. Tak boleh nak halang dah. Langsung tak terfikir pun kan??? Hurm..... Sebelum tu jom kita buat kajian sikit, bakteria apa yang kemungkinan boleh ada ditangan kita.
Ada banyak jenis rupanye. Puas godek-godek google, jumpe article ni----> "What kinds of bacteria are on your hands"
Satu lagi artikel yang saya jumpa----> Types of bacteria on the Hands (sila rajin-rajinkan diri tekan link kalau korang prihatin pasal tahap kesihatan korang)
Dan sedikit tambahan, cara-cara pembersihan tangan yang sepatutnya di ikuti oleh encik penjual aiskrim supaya diyakini aiskrim yang dijual serta tangannya bersih daripada BAKTERIAAAAA!!!
----->MYMETRO
*ihsan PAK CIK GOOGLE....
4 comments:
saya minat eskemmmmm !!!
tp xske bli kt pkcik eskemmm sbb dorg kedekut eskemm...hehehe
alya: ye ker diorang kedekut aiskrim??
cm ner tu??
eskem dpt ciput jee..alya nk bnyk2 penuh2 mampat2 dlm con tuu..
bru yummyyyy !!! hehe
buat sendiri lah cm tu...
huhuhu
Post a Comment