>ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT TENGAHARI<
Wahhhh. Dah tengahari rupanye yer.. Sekejap jer. Pejam celik, pejam celik dah masuk 1 Mac. Permulaan hari bagi bulan 3 ni memang rosaklah sikit kan. Bayangkan, masuk-masuk office, dekat luar sikitlah punya sejuk, masuk office rasa macam masuk dalam SAUNA.... Aisssshhhh!!! Satu kerja pun tak jalan hari nie *Tipu okeyh!
Buat jugak. Tapi korang fikirlah.. Sebelah tangan pegang kipas lipas, sebelah lagi dok buat keje. Macam mana tu?? Tak pun buat keje jap, BERHENTI... lepas tu buat keje balik.
Disebabkan faktor kepanasan dan tak ade keje, maka saya pun berfacebooking. Terjumpa pulak entry baru CIK YUYU ZULAIKHA yang diupdate. Kerana keterujaan melanda, maka blog beliau pun dilayari. Baca sampai habis, Yuyu Zulaikha cakap pasal
VLOG. Tahukah kamu?? Tak mahu cerita panjang, maka hari nie nak buat kempen
KAMI SOKONG VLOGGER MALAYSIA yang dianjurkan oleh
ENCIK BEN ASHAARI
Dah lama dah perasan benda alah nie sebenarnye. Tapi masa tu buat tak tau lagi. Buat macam tak der ape yang jadi. Nampak sangatlah memang pemalas nak tahu benda baru kan... Yeah~
Tapi biler tengok
1Tube, vlog Yuyu Zulaikha tadi.. Baru rasa cam "Aishhhh. Seronoknya kalau aku pun ade vlog sendiri. Asyik tulis jer. Penat!"... Dan dengan cara macam tulah blog korang secara tak langsung dapat di promosikan..
Selalunya orang yang buat vlog ni bukan omong kosong, bukan syok sendiri kat vlog mereka. Kebanyakannya ada mesej yang ingin disampaikan. Vlog yang paling saya suka tengok sekarang, dan dah macam ketagih adalah vlog INIANWARHADI. Akan datang mungkin vlog-vlog orang lain pun saya akan minat dan ketagih juga. Jadi pastikanlah kualiti dan mesej yang ingin disampaikan bermakna dan teros menusuk hati.
Jangan sekadar buat sebab
"Orang lain buat vlog.. Aishhhh!! Aku pun nak buat jugaklah" sindrom. TAK MAHU!!!! Buat biar ikhlas, biar dengan hati yang tulus lagi senang hati. Wahahahha~~ Maka dengan itu, selesai sudah saya membebel di sini. Kalau korang nak join segmen Encik Ben Ashaari nie, juz rajin-rajinkan tangan mengklik
SINI.
Jadi sampai sini sahajalah. Akhir sekali,
SELAMAT BERJAYA BUAT BLOGGER DAN VLOGGER.. SEMOGA KORANG TAKKAN PERNAH PUTUS ASA MENGHASILKAN VLOG YANG BEST, AG GEMPAK DAN KEBABOOOMM!!!
Saya dan rakan-rakan blogger dan vlogger lain akan menyokong antara satu sama lain dan bukannya menjatohkan blogger/vlogger lain di entry. Sangat memalukan!! Kalau jeles, pendam dalam hati tapi kalau tak tahan, cakap depan-depan. Dan jangan lupa tinggalkan link blog kalau betol-betol korang rasa pendapat korang tu betol dan harus ditegakkan. Janganlah jadi pengecot sangat!
Last but not least, TAHNIAH BUAT SEMUA VLOGGER!! Dan blogger juga, teruskan menghasilkan entry yang bagus-bagus dan janalah idea anda melalui entry anda.
P/s: Terima kasih buat semua yang sudi mengunjungi blog saya yang suram beberapa hari nie. Saya sedang melalui saat-saat suram, gelap gelita, dan kelam beberapa hari nie. Hari ni baru mood kembali mencerah.. Erk?! Tak terlupa juga ucapan terima kasih kepada yang sudi memfollow blog saya. Nanti saya balaz kunjungan dan kalau minat, saya akan follow yer~ Untuk yang tinggal link di shoutbox, NANTIKAN KUNJUNGAN SAYA DI BLOG ANDA!!!! Muaaaaaahhh!!