March 24, 2014

Nak Tempah Design Blog Comel-Comel?



Assalammualaikum

Salam hari Sabtu. Alhamdulillah masih lagi diberikan nyawa di bumi Allah nie.

Firstly, entry ni khas maz nak tujukan buat designer layout blog maz ni..

Setelah hampir entah berapa lama (maz pun tak sure) pakai template lama.. yang warna pink. Sorry tak sempat print screen before tukar layout baru. Akhirnya blog maz dah bertukar wajah. 

Siyesly happy + teruja tengok rupa baru blog. Memang cun. Ikutkan hati maz nak jer warna pink. Sebab fav color maz pink. Tapi sekali sekala tukar angin pakai warna lain apa salahnya.

Secara kebetulan warna soft purple tersangatlah cantik dimata maz sekarang. ihik!




Inilah rupa terbaru blog maz.. memang total make over. Sekali dengan banner atas, layout semua berubah.

i'm totally happy customer. 

Total make over cam nie, cumalah berharga RM50 jer. Murah okeyh kalau dikirakan masa dan tenaga untuk edit semua. 

Dekat mana korang nak order?

Mudah jer.. SHEDAUCU

klik jer link di atas nie. 

Tak rugi buat tempahan blog dengan sheda. Sebab dia ni memang mesra orangnye n sangat comel. Design pun secomel orangnye dan yang penting, kerja kemas! Kudos to Sheda Ucu :)

January 26, 2014

Resipi Kek Marie Cheese Paling Senang!



Assalammualaikum...

Entry kali ni maz nak kongsi dengan korang resipi.

Saper kat sini yang suke dengan cheese?

Dan siapa yang kat sini suka kek?

Cheese dan kek memang tak boleh lari. Banyak orang guna cheese sebagai topping dan juga krim untuk kek. So kali ni maz nak kongsikan resipi KEK MARIE CHEESE yang super senang nak buat!

Biasa kalau beli kek nie kat luar, satu bekas kecik pun sampai RM6. fuh! terkejut time nak bayar. Padahal bahan tak derlah apa sangat. 

Sebab bila kita pergi beli barang, harganya tak derlah sampai cenggitu. Tapi yerlah. Kene fikir jugak kos-kos lainnye tu kan. So pahamlah kenapa penjual letak harga banyak tu.

Tak nak membebel panjang sangat. Ni maz nak bagi resipi. 


Resipi ni pun sebenarnya ambik dari blog seorang blogger jugak.  Maz tak tukar apa-apa pun. Ini blognya:



Thank u sis sudi kongsi resipi...


Jadi dengan resipi yang sama, maz buat kek marie cheese. Sorry tak der gambar bahan. Sebab terlupa nak snap.




BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN

1. Biskut marie original flavor & Biskut Marie Chocolate Flavor

2. 250 ml Whipping Cream -ready to topping cream (brand Value Pride)
Jangan salah beli. Sebaiknya beli ready to topping cream nie sebab terjadi kat maz salah beli. Bila pukul kembang sangat whipping cream tak jadi kembang, tapi nampak bahannya terpisah. Susu dengan buttermilk yang akan jadi warna kuning2. Kalau pernah jadi kat korang, lepas ni ingat beli ready to topping cream yer.

3. 250g Tatura Cream Cheese (maz beli kat giant)

4. 250ml Susu Pekat (marigold, F&N....bla...bla... apa-apa brand pun boleh)

5. Baking paper (tak beli pun tak per)


CARA-CARANYA

1. Putar sehingga kembang whipping cream. Cukup kembang sampai bila terbalikkan bekas, dia tak terjatuh.

2. Putar cream cheese bersama susu pekat sehingga sebati.

3. Campurkan bahan 1 & 2 tadi dan putar lagi sehingga sebati.

4. Isi tupperware dengan selapis biskus marie original flavor.. Then lapis pulak cream cheese tadi.. Lepas dah lapis cream cheese, letak pulak biskut marie chocolate flavor then lapiskan pulak cream cheese diatasnya. Ulang langkah ini sampailah cream cheese habis. Bahagian atas mesti dihabisi dengan cream cheese.

5. Hancurkan biskut marie chocolate flavor dan taburkan di atas kek.

6. boleh hiaskan dengan parutan cheddar cheese di atas kek

7. Simpan di dalam peti ais. Tunggu dalam 1-2 jam. Dan ready untuk dihidang.

January 19, 2014

Perimeter Breach Ekspressi Jiwa Anak Muda


Assalammualaikum.. 

Kalau sebelum ni maz hanya buat review barang-barang mekap. But this time, jom maz nak buat review untuk album lagu pulak.

It is not a requested or advertising berbayar. Maz selalunya buat review ikhlas dari hati. hehe.. Even the band mates pun tak mintak maz buat. Tapi maz buat sebab maz memang dah tertarik dengan lagu-lagu yang band ini bawak. 

Kalau ikutkan sebelum ni maz memang hanya dengar lagu-lagu mainstream sahaja yang hanya terdapat di pasaran dan kerap keluar di radio. Maz tak minat muzik underground. Mungkin juga sebab tak didedahkan. 

Bila kita kata musik underground, mostly dalam fikiran akan fikir lagu-lagu yang headbanging semua tu. Well, mungkin ramai yang tak tahu, banyak jenis genre dalam musik underground ni. It depends on the komposer of the band to corakkan every song that they make. 

So yeah! here we go.


Perimeter Breach bukan nama asing bagi peminat muzik metal underground. 3 tahun di dalam bidang ni, mereka dah mampu hasilkan album sendiri. Memperkenalkan demo Perdition sebagai taruhan, mereka akhirnya nekad mengeluarkan EP sendiri mengetengahkan 10 lagu di dalamnya.

Bukan senang hakikatnya untuk band baru menghasilkan sehingga 10 lagu jika tiada nama di dalam bidang muzik tanahair. Tapi itulah yang patut kita respek. Mereka berani mengambil risiko ini untuk memastikan lagu-lagu mereka dapat didengar oleh ramai lagi peminat muzik metal. 

Meletakkan 10 lagu sebagai taruhan di dalam album Betrayal| Provokasi ini antaranya:

1. 4 Months Later

2. Rendering

3. Pintu Gerbang

4. Notasi Suara

5. Korupsi

6. Citra Perwira

7. Rewind

8. Apathy

9. Hijrah

10. Permulaan

Sedikit mengenai band Perimeter Breach, kumpulan ini ditubuhkan pada akhir tahun 2011 dan dianggotai oleh Ejud sebagai vokalis, Afiq (gitar), Jien (bass), Faidhi (drum) dan Walter (gitar). 

Dari kiri: Walter, Afiq, Faidhi, Ejud dan Jien


Setelah berjaya menghasilkan album Betrayal Provokasi ini, insya Allah mereka akan mengeluarkan album kedua pada tahun hadapan dan sekarang sedang dalam proses menulis lirik lagu.

Well, as for me... Memang tak sabar tunggu album kedua. Sebab album pertama pun dah best. Rugi bagi yang tak dengar. Sebab tak semestinya bila album itu bergenre metal progressive, ianya semua lagu headbanging, lagu-lagu yang bila vokalisnya nyanyi langsung tak paham apa liriknya. Tidak. Ianya sangat berbeza di dalam album ini.

Antara lagu-lagu yang maz suka adalah Hijrah, Citra Perwira, Notasi Suara, dan Rewind. 

Pendapat maz sendiri, maz agak negative bila orang cakap musik underground tu best. Sebab maz bukan jenis melayan lagu-lagu macam tu. Tapi sejak maz kenal ramai orang sekeliling maz, rasanya tak salah tukar selera kepada sesuatu yang lebih fresh. Mostly lagu mainstream musik, kebanyakkannya bergenre atau tema yang sama. Cliche dan sedikit bosan barangkali.

Bila diperkenalkan pada band Perimeter Breach ni, tak banyak, sedikit maz dapat belajar sesuatu yang baru. Mesej yang disampaikan dalam setiap lagu, jika dihayati bait-baitnya menyampaikan sesuatu yang generasi baru inginkan. Bukanlah hanya buat lagu atau lirik tangkap muat, Perimeter Breach membuktikan sesuatu yang anak-anak muda inginkan dari jiwa mereka. 

Korang boleh follow band ini di:

FB: https://www.facebook.com/PerimeterBreach

Twitter: PerimeterBreach

Reverbnation: www.reverbnation.com/perimeterbreach


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...