Showing posts with label little love always. Show all posts
Showing posts with label little love always. Show all posts

January 6, 2012

Gedik Pulak Benda Ni!!!

Assalammualaikum!! Selamat Pagi!

Grrrrrr... Pagi-pagi dah buat bengang.. Tapi tak derlah nak marah sampai hempas-hempas barang kan.. 

Kan sekarang maz dah ade dua blog.. Dengan menggunakan provider email yang sama iaitu gmail.. Tapi sebenarnya benda tu menyukarkan.. Serabut kepala maz sebab contohnya kalau maz on second blog maz.. dan on jugak blog yang nie dalam masa yang sama.. Tapi pakai web browser lain-lainlah.. Bila maz nak follow follower yang follow blog nie, suppose akan keluar akaun untuk blog nie lah.. Tapi keluar untuk akaun lagi satu.. 

So, maz akan sign out.. Tapi bila sign out jadi cenggini pulak:

*kalau tak nampak tulisan, tekan untuk membesar

Take time tau mende nie.. Maz online balik kul 5.30 tadi.. Around kul 6pagi cam tu try untuk follow follower yang ada kat blog nie.. Tak boleh.. Cuba-cuba tak boleh.. Asyik keluar benda alah nie jerrr.. Lepas tu okey dah.. Lega!! Boleh follow lah kononnye. Sekali maz try sign out dari akaun second blog tu, jadi macam kat atas ni balik! 

Okeyh fine.. Suke hatilah ape nak jadi pun.. Yang penting korang harus tau.. Maz ade dua blog.. Tak kisahlah maz follow pakai akaun mana sekali pun.. Asalkan maz follow korang balik. Okeh kan cam tu? Tak nak lah nanti ade yang kate maz ni sombonglah apa sebab tak follow balik.. Harap memahami maz yer :)


Terima kasih sebab sudi baca.. Hehehehe.. Tak pernah ade entry pagi-pagi hari cenggini.. 
Kejap lagi pengsan sebab terjaga dari tido pukul 4.30 pagi sampai sekarang tak leyh lelap... [cedih!]

January 5, 2012

Jom Singgah Sini!!

Assalammualaikum...

Little Love Always telah melangkah setapak lagi apabila berjaya membuat second blog khas untuk hasil kerja maz untuk customer-customer maz.. [ceyh ayat!! skema gila]

*welcome to my wonderland :)

Sebenarnya maz buat second blog tu bukan sebab bajet hot.. Kalau bajet hot blog sedia ade sekarang mesti dah cecah follower banyak-banyak.. Kan?? Tapi follower maz pun berapa kerat sangat.. Terima kasih yer..

Maz tak boleh nak uruskan semua kat blog sedia ada.. Sebab tu walaupun berat hati sebab takut tak boleh manage dua-dua sekali.. Maz cuba jugak.. Maka terciptalah blog kedua maz khas untuk mereka yang ingin melihat hasil kerja maz.

Maz akan update pelan-pelan.. So maz mintak maaflah kalau progress tu agak lambat sebab maz pun kene fokuskan pada blog kesayangan maz ni jugak.. Mana boleh tinggal-tinggal blog nie.. Nanti rindu-rinduannnnnn.....

Korang boleh carik blog maz tu kat sini: LITTLE LOVE ALWAYS


Kenapa nama second blog sama dengan first blog? Sebabnya nama LITTLE LOVE ALWAYS ni dah jadi branding name untuk blog dan jugak business maz.. So sayanglah kalau maz tukar nama semata-mata untuk business kan.. Nanti orang tak dapat carik dah.. Lagi pun nama ni comel kan??? [angguk cepat!!]

Segala yang korang ingin tahu mengenai hasil kerja mekap maz boleh dilihat di situ.. Price dan juga service yang maz tawarkan juga ade disitu.. Number telefon pun ada.. Tapi please!! Maz tak layan number yang nak ajak mesej bukan-bukan yer.. Hanya untuk mereka yang serius sahaja!

Dan blog kedua maz tu pun masih dalam renovation.. Header pun tak der.. Kesengalan melanda bila terpaksa bukak photoshop dan study balik macam mana nak buat header. Tapi tak per.. Cabaran sebenarnye tu.. Heheehehehe.. Nak usik HTML memang lagi tak reti.. Nak upah orang?? Tak mampu dah!!! hehehe

So itu jerlah.. Nanti bila navigation kat blog ni dah siap maz akan letak satu tab bertajuk M.U.A. Kat situ korang boleh terus direct ke kedua maz tu untuk sebarang rujukan.. 

Terima kasih pada semua sebab sudi membaca.. dan terima kasih jugak pada yang menyokong maz.. Maz sayang korang semua ketat-ketattttt!!


Pssst: Followlah blog maz untuk sebarang update.. Maz akan follow blog korang balik yer.. :) Jangan segan silu tanya harga mekap.. hehehehe

December 7, 2011

Novel Bicara Hati pulak diadaptasi ke drama

Selamat malam! eyh! entry bukan suruh korang tido tau.. Ni maz nak spread the words.

Sekarang ni macam fenomena bila banyak pengarah mengadaptasi hasil karya novel ke layar perak atau layar filem [betul ker?].. selepas fenemone OMBAK RINDU yang maz sendiri pun tak sempat nak tengok.. Dengar-dengar cerita akan keluar adaptasi novel BICARA HATI karya DAMYA HANNA.. Okies.. Ni lagi epik!

Kalau OMBAK RINDU maz baca since tingkatan 2.. Bicara hati lebih sikit.. Maz baca bicara hati sejak maz masuk tingkatan 1!!!!! Owhlah gila novel time tu. Sekarang buku tu dah lunyai coz terlalu ramai meminjam.. Dan maz tak sure if buku tu ade lagi dalam simpanan maz atau tidak.

Penangannya baru terase sekarang bila ade pengarah yang sudi adaptasi novel tersebut ke drama.. Terbaik weyh! Yang bestnye lagi, SHARNAAZ AHMAD jadi watak Tengku Shaahran dan pelakon perempuan tu dengar cerita orang indonesia pegang watak ZAHLIA..  Tengok-tengok!! Still ingat lagi tau nama watak walaupun dah lama tak baca novel tu.


Ni cover lama bicara hati..

Dan ini cover baru untuk cetakan semula bicara hati.

So boleyh bayang tak watak tengku shaahran yang bengis tu dalam diri Sharnaaz Ahmad??? AWWWWWW!!!! Maz jatuh cinta lahhhhhh. Jap-jap.. Nak letak satu scene dalam nie.. Tengok bawah nie.. 


Bengis kan?? Tapi hensem! Hopefully drama ni tak mengecewakan yer.. Sama seperti OMBAK RINDU.. Ku menanti kau keluar ASTRO FIRST.. huk3.. Okeyhlah.. mau tido.. Esok mau pergi jalan-jalan.. Nak ikut??? Duduk rumah jerlah. hehehe.




p/s: Drama ni akan ditayangkan pada 13hb di astro prima.. Maz sibok bace tweet fans sharnaaz ahmad tadi.. Eiiii.. Tak sabarnye!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...