May 31, 2011

Tutorial Mekap: Vampire Twilight Look+Romantic Look

Assalammualaikum semua!!

Dah lama maz tak update pasal mekap kan.. Kali ni tuto maz pasal mekap twilight atau vampire look tapi ade tambahan romantic look sket.. Hehehehe.. mesti ada antara korang yang peminat twilight kan?? Haaaa. Lepas ni mesti rase cam nak try mekap cam yang maz buat nie. Coz mekap ni pun sesuai kalau nak bawak jalan keluar. Tapi biar kene tempatlah. Kang ade yang terkejot beruk pulak jadinye..

Malaz dah cakap banyak-banyak. Meyh tengok sampai bawaaaahhhhhhhhhh


VAMPIRE LOOK + ROMANTIC LOOK




1. Sapukan foundation one shade lebih cerah dari kulit asal. Sebab untuk nampakkan kulit muka pale macam vampire.. Rawwwrrrr!! Hehehehe

2. Sapukan warna coklat tembaga pada bahagian soket mata. Kemudian ambil fluffy brush dan blend dengan lembut dan bawak ke luar sikit seperti dalam gambar.


3. Kemudian sapukan warna coklat matte di bahagian soket mate ke dalam. Blend di bahagian soket mata. Tonyoh2 sket untuk nampakkan bahagian V kelopak mata tu.

4. Pakai kajal eyeliner untuk bahagian atas dan bawah mata. Kemudian ambil berus untuk gel eyeliner tu, dan blend kajal eyeliner tu. Kajal eyeliner ni texture nye smooth dan senang di uruskan. Buat sedikit cat eyes di hujung mata. Untuk bahagian bawah mata, rujuk gambar bawah yer.
5. Bahagian mata bawah, maz letak kajal eyeliner gak. Kemudian maz guna fluffy brush untuk blend kajal eyeliner sehingga jadi seperti smokey eyes. Last step maz sapu warna hitam sedikit di hujung soket mata untuk nampakkan hasil yang lebih gelap seperti vampire look. 

6. Maz skip pemakaian bulu mata palsu dan cuma sapu maskara. Untuk blusher maz pakai warna berry wine dan sapukan di tulang pipi bukan di apple of the cheeks keyh.. Ini untuk nampakkan effect langsing di bahagian pipi.
7. Untuk lipstick, maz pakai lip liner warna pink shocking dan lipstick warna berry wine. Tak lupa juga wat shading di bahagian hidung. Untuk finishing look, tengok gambar bawah.




 
LIST BARANG YANG DIGUNAKAN:

Foundation- supra n simplysiti
eyeshadow- mainly [rusty coklat, n black] dan elianto
kajal eyeliner miss rose
maybelline long extreme stilletto
Blusher
lipstick-avon n chamaleon


P/s: Contact lens ni maz pakai terbalik untuk nampak effect vampire punyer mata. Amacam? Sebijik tak?? hehehehe.. Gud luck everyone!!

6 comments:

tomato said...

wahhh ~ cantek3 . nak try belajar makeup jgk .. hehe ;p

Fai Nardir said...

waahhh,boleh try ni ;)

Cik ira said...

waaa... cantik4x

Alice was here. said...

pakai eyeliner kajal miss rose eh? smudge tak? bila orang pakai muka jadi sememeh :(

Nurul Mazni Sawal said...

@Alice was here.: memang akan smudge sket.. but before dia smudge, set dengan black eyeshadow.. konpem tak smudge dah after that.

Anonymous said...

your poses are so weird lol. and your makeup are not kemas. don pose like that because you wearing hijab. you posing like a """'. thats really weird. am just sayin because i believe people out there would think that so too. sorry.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...