Hari ni sejuk jer dari petang tadi.. Kebelakangan ni memang sentiasa hujan kat kota neon nie.. Mane lagi, KUALA LUMPUR lah kan. Boleh kata hari-hari mau hujan.. Syukur.. Rahmat ALLAH kan tu.
Dihari yang mulia lagi hening nie [ceewahhh!! cam time raya pulak].. First of all, nak ucap SELAMAT HARI PEKERJA kat semua yang bekerja tak kira sektor SWASTA or KERAJAAN. Korang done a good job!! Memang best cuti straight dari hari SABTU sampai ISNIN.. Yeah!!
Tapi memang TERBAEEEEKKKK gak coz minggu ni saya sangat-sangat buzy giler killer!! Esok ada job mekap kat GOMBAK.. Hari rabu pulak ada job mekap kat TAMAN TASIK PERDANA. Alhamdulillah.. Boleh lah wat profile kan..
Tutup cerita pasal job mekap segala macam. Hari ni nak kongsi tutorial lagi. Macam biasalah kan... Saya memang suke wat tutorial nie.. Kali ni insya ALLAH tutorialnye lebih senang untuk difollow.
Nak tahu lebih lanjut?? Jom check!
SMOKEY EYES LOOK [KIM KARDISHIAN STYLE]
1. Pastikan korang dah siap pakai foundation. Untuk look yang nie, saya pakai foundation SIMPLYSITI, cover segala kesan-kesan jerawat dengan concealer dan pakai eye primer kat bahagian mata sahaja. Jangan lupa sapu concealer jugak kat eyebag keyh.
2. Cover dengan bedak pixy. Saya gabungkan dua shade sebab shade awal sangat terang untuk warna kulit asal. Saya gabungkan natural beige dengan tropical beige. Dah siap pakai bedak, lukis kening dengan pensil warna coklat untuk hasil natural. Dan sikat kening menjunam sikit ke atas. Tengok gambar rujukan di bawah:
rujukan step nombor 2
rujukan step nombor 2
3. First step untuk eyeshadow, pakai warna coklat tanah. Sapukan macam yang saya buat tu..
4. Sapukan tulang kening dengan pensil putih dan sapu balik guna jari kelingking untuk nampak lebih smooth..
5. Untuk hasil lebih shining, sapukan highlight kat tulang kening dan juga area tearduct.
6. Ambik gel eyeliner dan buat sapuan tebal kat kelopak mata.
7. Ambik berus mekap tadi, n smudge gel eyeliner tadi supaya nampak smooth lagi. Dan tambah sedikit eyeshadow warna hitam dan sapu ke luar membentuk cat eyes.
8. Jangan lupa sapukan juga bahagian bawah mata dengan eyeshadow warna hitam dan sambungkan cat eyes dengan eyeshadow bawah mata supaya nampak "connected". Pakai maskara.
9. Last sekali pakai bulu mata palsu. Tapi bahagian hujung jer. Korang kene potong sikitlah bulu mata tu.. Tapi yang nie, nampak cam tak kene pulak. Biler dah ambik gambar oke jer..
10. Akhiri dengan blusher warna pink dan juga lipstick warna nude. [kawan saya aka MEGAT MOHD AKMAL cakap tak ckup nude.. Dia tak puas hati.. Grrrr!!!]
Ini hasilnye selepas semua step ni dilakukan.. Hehehehe
Untuk sebarang pertanyaan, boleh jer tanya kat komen entry atau pun kat facebook yer.. Jumpe lagi nanti.. Muah3!!!
4 comments:
make-up cantik utk mata cantik... mmg cantiklah yang.. tutorial yg sgt berguna.. lagi bulatlah mata akak nanti.. he..he..
Liza @ Adzriel AB: mata tak cntik pun leyh cantik gak kak after mekap.. teknik kene betul. konpem cntik!
rocknye..hihi good.
zOeY zAu YaH: tapi kat maz jadi tak rock.. hehehehe
Post a Comment