January 21, 2015

Mukadimah tahun 2015



Assalammualaikum...

Rasanya dah lama tak menaip apa-apa di blog. Ya. Memang lama. Tersangat lama. Rasa macam dah berkarat skill menulis ku ini.

Baiklah. Aku tanya apa khabar semuaaaaaa????? 

Hehehe.. Alhamdulillah terutama sekali maz nak bersyukur ke hadrat Illahi sebab akhirnya penat lelah selama 3 tahun menimba ilmu sudah pun berakhir. I'm unofficially graduated! So sekarang menanti tarikh konvo bulan Mei ini. Tapi sebelum tu..... let me tell you guys something.

Maz tahu ramai yang mungkin kecewa. Maz tahu ramai yang mencari. Tapi ini memang keputusan nekad maz. Kalau ikutkan hati, memang maz rindu. Yes I miss to do it again. Tapi biarlah yang berlalu biarkan berlalu (cehhhhh) 

Apa maksud maz ni sebenarnya? Baiklah.. Untuk pengetahuan maz dah tak lagi buat tutorial mekap di youtube. That's it! Memang ramai yang request especially sebab maz masih post gambar-gambar mekap. Tapi the best way yang maz boleh buat hanyalah............ bagitau produk apa maz pakai. Untuk buat tutorial video i'm really sorry. Maz dah xbuat.

Kenapa? Biar hanya maz yang tahu sebabnya. Maz nak ucapkan terima kasih pada yang pernah tengok tutorial maz dulu di youtube. 

Insha Allah, sekarang ni fokus maz hanya pada business maz dan juga kalau berkesempatan maz akan buat semula review barang-barang mekap dan juga product yang maz beli online. 

untuk yang nak follow maz di instagram boleh search ig maz : @maznisawal



Ini adalah ig personal dan juga business maz. Ada yang kata sebaiknya asingkan ig business dan personal. Tapi bagi maz xsalah. Yang penting tau caranya so okay jer.

So korang nak maz review product apa? Mekap, skincare, gadjet, makanan kesihatan? anything u wanna know please bagitau maz. Maz akan review kan untuk anda. Btw, its not paid review lah. Ikhlas dari hati. hehehe

June 30, 2014

Cerita Baru di Little Love Always



Assalammualaikum...

Alhamdulillah. Dapat jugak berjumpa Ramadhan tahun ni. Walaupun sedikit terlewat nak ucapkan. Still maz nak ucapkan Salam Ramadhan buat semua muslimin dan muslimat. Alhamdulillah jugak hari ni dah hari ke dua kita berpuasa. Haaaaa.. Ada lagi tak yang puasa yang yok? Pagi-pagi bukak periuk. 

Hopefully tak der. Kita semua dah besar. Tahu nak bezakan yang mana dosa, yang mana pahala. gituw!

Disebabkan dah lamaaaaaaaaa sangat maz tak update. Diz time maz nak bagitau banyak benda. Antaranya:

1. Radiance Signature

- Maz adalah stokis berdaftar Radiance Signature dengan member id RSS0023. Boleh check di laman web www.radiancesignature.com. Alhamdulillah setakat ni maz masih menjual lagi. Jadi jangan ragu membeli dengan maz. Cuma satu maz nak pesan, kalau untuks sebarang urusan jual beli, sila whatsapp atau msg sahaja maz. Panggilan tidak dibenarkan. Sebab ada time tu, customer call time maz tengah tidur. Dan itu sangat tidak bagus yaaa.. Kemudiannya untuk yang nak bank in, sebaiknya bank in petang atau malam so that esok paginya maz boleh pos barang. Selalunya begitulah. Kalau ada yang bank in pagi-pagi tapi harapkan maz untuk post tengahari tu memang tak dapat. Sebab since cinta hati tersayang yang uruskan posting, waktu-waktu cam tu dia dah pergi kerja. okay. itu sahaja utk jual beli Radiance Signature

2. Make up tutorial

- Maz dah tak akan buat make up tutorial di Youtube since maz tak der masa untuk buat dah. kalau sesiapa yang cari make up tutorial maz, memang dah tak der di Youtube. Maaf sangat-sangat. Di blog pun maz mungkin akan delete post make up dan gantikan dengan yang baru. Insya Allah kalau maz ada masa maz hanya akan buat review product sahaja dan bergambar. Selain dari tu, maz harap tak adalah lagi yang bertanya pasal tutorial make up yer. :)

3. Make Up business..

-Insya Allah lepas raya ni maz akan aktif semula mekap. Sekarang tak boleh sebab maz masih di final year dan nak habiskan semester ni sebaik-baiknya. Jadi yang terbaik utk maz bermula adalah selepas raya. Insya Allah maz akan bagitau pengumumannya selepas raya. Sekarang ni maz dalam proses mengumpul barang-barang mekap since barang mekap yang ada dah expired. Maz tau ada yang masih bertanya maz buat make up ke tak. Insya Allah maz buat lepas raya. Nantikan yer.. 

4. Business Shawl & Glitter head Band untuk raya ni

- Yeay!!! ni berita paling best. hehehe.. Maz akan jual shawl, Lissa Basic Shawl dan juga glitter head band, Rania Glitter Head Band. Harga affordable. Maz sendiri pilih material, jahit tepi dan design glitter head band. Insya Allah ada promosi pada 12 Julai. Jadi sila nantikan promosi keyh. Glitter shawl pun ada n kaler semua cantik-cantik. Cun melecun!




May 13, 2014

Review Skincare dan Produk Make Up



Assalammualaikum.. 

Lama betul tak menaip.. 

Banyak yang maz tak sempat nak share dengan semua. Banyak produk yang maz beli tapi tak sempat buat review..

Insya Allah maz akan come out dengan review-review produk dalam masa terdekat. Sebab sekarang maz quite buzy dan tak sempat nak update apa-apa.. 

Antaranya yang maz akan update mengenai trend terkini di instagram dan facebook, NYX Matte Lip Cream. Memang ramai yang minat dan beli... siap tu ada cakap tak puas beli satu color, nak beli lagi.

Kalau nak tau, stay tuned. Insya Allah maz akan update dalam masa terdekat.



Antara lain maz akan update skincare terbaru yang maz guna. Gambar kat atas ni lepas maz dah guna kotak kedua produk skincare baru nie. Memang best sebab tu maz stay pakai.

Ada jugak tambahan produk lain n macam-macam lagi. Stay tuned keyh. Produk-produk mekap pun memang banyak maz nak share dengan korang plus eye brow tutorial.. Saper yang sayang maz tunggu ya. hehehe..

Nanti nak senang search, maz akan letakkan di dalam tab Tips & Review dan Tuto Make up untuk senangkan korang semua cari.

Till then, assalammualaikum semuaaaaaa :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...