February 3, 2013

Stay Calm and Be Positive



Assalammualaikum ....

Pernah dengar Johari Window tak? Alah.. Yang Tingkap untuk mengetahui kita ade kelebihan apa, kita tau tak kita ade kelebihan tu.. Kalau korang tak pernah dengar Johari Window tu, pergi google sekarang.. Ade 4 quadrant: open, hidden, blind and unknown area.. 

Haaaa! Kat sini maz nak terangkan pasal blind area nie.. Kalau ikut ayat wikipedia, blind area adalah "Adjectives that are not selected by subjects but only by their peers are placed into the Blind Spot quadrant. These represent information that the subject is not aware of, but others are, and they can decide whether and how to inform the individual about these "blind spots". 

Maksudnye kat sini mudah jer, orang lain tahu tapi kita tak tahu dan orang tu boleh pilih same macam mana cara nak orang tu tau kelebihan dia ade nie.. 




Kawan maz pernah bagitau, maz ade skill untuk menjadi seorang leader.. Sebab maz boleh mengarah orang, dan orang yang diarah akan patuh apa yang maz mintak terutama sekali kerja berkumpulan. Maz dedikasi (masuk bakul angkat sendiri), dan ade tambahan lagi, maz garang. erk! itu maz tak pasti.. hehehe

Tu sebab maz selalu kene point jadi ketua.. Or kalau tak der yang nak, maz selalu offer diri.. Sebab mungkin jugak maz tak berapa percayakan orang lain dan maz mahukan kerja yang sempurna. Korang pun macam tu jugak kan? 

Dan menjadi seorang ketua nie bukan mudah. Ramai yang tak suke pegang tanggungjawab yang berat sebab selalunya ketua kumpulan nie akan bahagi kerja, pantau kerja anak buah, goyang kaki, compile kerja, dan sebagainya yang sememangnye remeh, renyah dan rimas! *please akui statement ini!

Maz suka berada dalam kumpulan dominan dimana semua orang ade possibilities jadi ketua group. Bukan lari dari tanggungjawab, tapi maz suke kalau ade yang jenis push buat kerja. Sebab walaupun maz jadi ketua, kadang-kadang bila kerja banyak, maz terlupa ade kerja lain yang kene siapkan dan orang yang jenis tak sabar nak siapkan kerja ni bagus cuma kalau terlalu mendesak, bagi pelempang sedas sket kat muka dia! haha! gurau jer.

Selain dari tu, tanpa sedar sebenarnye ada yang menjadikan maz inspirasi.. Malu nak taip sebenarnye... Tapi kenelah sekali sekala tekan lift masuk sendiri jugak kan.. 

Sebelum ni ade yang post comment kat fb maz kate dia suke dengan maz sebab maz buat dia jadi yakin diri. Yakin walaupun bertubuh gemok, tapi still boleh ceburi bidang apa yang dia suke tanpa halangan. 

Baru nie pulak kawan maz, yang maz sendiri jadikan dia inspirasi sebab berjaya dalam bidang yang diceburi sekelip mata jer kata dulu dia jadikan maz inspirasi dia.. 



Malu tau kita walaupun dia tak tag nama.. Tapi sajerlah bace sebab keluar kat newsfeed.. Segannye.. Rase nak tembak cubit jer pipi orang yang menaip status nie. hehehe.. 

Bagi maz tak der apa yang lebih berharga dari sikap positif dalam diri yang maz sendiri amalkan. Betol adakalanya kita akan rase down.. Maz sendiri pun macam tu. Tak dapat nak elak. Tapi kita muhasabah diri balik. Selagi kata cacian tu tak membinasakan diri kita, sudahlah. Yang penting orang yang mengata tu bukannye dia bagi kita makan! 

Apa yang kita kene buat, lepas dengar ayat negatif cam tu, terus serap dalam diri, ambik yang baik, buang yang keruh dan perbaiki diri ke arah lebih baik. Kadang-kadang ayat negatif tu membantu kita untuk sedar diri dan supaya kita sentiasa berpijak di bumi nyata.

Alhamdulillah setakat nie maz masih berjaya hidup lagi walaupun orang sekeliling ada jer sesedap rase lidah dan mulut dia nak mengata fizikal orang. Maz memang nak kurus. Tapi bukan ayat cm tu maz perlukan. Maz perlukan kawan-kawan yang positif dan sentiasa membantu. Itu jer. 

Berkat sikap positif maz, maz mengorak langkah perlahan-lahan dalam bidang kecantikkan. Ade yang whatsapp, mesej kat hp n facebook cakap suke dengan mekap maz. Terima kasih! Allah jer mampu balas. 






Sampai sini jerlah. Stay Calm and Positive always and you will find you life will be colourful! Assalammualaikum :)

2 comments:

Fienazzuki said...

Thank you maz
Ada juga kekadang fienaz mcm maz

Nurul Mazni Sawal said...

@Fienazzuki: same2 finaz :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...